Notis Mesyuarat Agung Kali Ke-57 Persatuan Murid-Murid Tua Maktab Perempuan Melayu/Kolej Tunku Kurshiah (MPM/KTK)

Semua Ahli
Persatuan Murid-Murid Tua MPM/KTK
Ybhg Tan Sri/Puan Sri/Dato’/Datin/Puan/Cik

NOTIS MESYUARAT AGUNG KALI KE 57 PERSATUAN MURID-MURID TUA MAKTAB PEREMPUAN MELAYU/KOLEJ TUNKU KURSHIAH (MPM/KTK)

Adalah dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Murid-Murid Tua MPM/KTK akan diadakan seperti berikut:

TARIKH:18 Julai 2020 (Sabtu)
MASA:9 pagi
TEMPAT:Royal Lake Club
Jalan Cenderamulia,
Tasik Perdana,
50480 Kuala Lumpur.

Mesyuarat tahun ini akan dikendalikan mengikut prosedur operasi standard yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara dengan syarat-syarat yang berikut:

  1. Jumlah peserta mengikut kapasiti dewan iaitu seramai 30 orang (tidak termasuk AJK) dengan penjarakan sekurang-kurangnya 1 meter. Oleh kerana jumlah kehadiran terhad, ahli-ahli yang ingin hadir diminta mendaftar terlebih dahulu dengan Noor Afiqah di talian 011-28205384.
    Ahli-ahli boleh juga mengikuti mesyuarat ini melalui aplikasi Zoom”; maklumat lanjut akan diumumkan melalui wakil batch masing-masing.
  2. AJK serta semua ahli yang hadir akan menjalani saringan kesihatan serta pemeriksaan suhu badan – sekiranya suhu badan melebehi 37.5 C atau adanya gejala batuk, sakit tekak, selsema dan sesak nafas ianya tidak akan dibenarkan masuk.
  3. Para peserta yang menunggu giliran di kaunter saringan/pendaftaran diminta mematuhi penjarakan sosial sekurang-kurangnya 1 meter.
  4. Para hadirin diminta memuat turun aplikasi MySejahtera untuk pendaftaran melalui imbasan QR code pada hari mesyuarat. Mereka yang tidak mempunyai telefon pintar direkodkan secara manual.
  5. Pelitup muka (face mask) mesti dipakai semasa mesyuarat dan tangan dibersihkan dengan Hand Sanitiser sebelum masuk ke dewan (Hand sanitiser akan disediakan oleh Urusetia).
  6. Makanan ringan akan disediakan secara packfood.

Selaras dengan pendekatan “Go Green”, Penyata Kewangan 2019, Agenda Mesyuarat serta Laporan Tahunan akan disediakan dalam bentuk digital yang boleh dimuat turun dari laman web tkcoga.org

Sila ambil perhatian bahawa usul bertulis hendaklah sampai kepada Setiausaha Kehormat di alamat seperti di bawah atau melalui email kepada tkcoga.org@gmail.com sebelum 11 Julai 2020. Ahli yang mengemukakan usul hendaklah hadir di mesyuarat agung ini.

Sekian dan salam hormat. “Kita jaga Kita”.

Yang benar,
Razimah Hanim Abu Zarim
Setiausaha Kehormat PMTMPM/KTK
6A Jalan Diplomatik 2/1
Presint 15
62502 Putrajaya.
Tel/Fax: 03-88931393

This entry was posted in News and tagged .

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *